Daftar GRAB

 

Online Registration form / Borang Online untuk Pemandu Grab

https://bit.ly/2ZhAqJG

Sila guna borang ini untuk mendaftar di kawasan Lembah Klang, Kuala Lumpur, Shah Alam, Klang, Selangor, Johor Bahru, Ipoh, Taiping, Perak sahaja.

 

Sejarah Grab

Perkhidmatan Grab yang dimulakan oleh Anthony Tan sejak tahun 2012 telah mula berkembang ke serata dunia. Rakyat Malaysia juga tidak terkecuali menggunakan perkhidmatan Grab tersebut malah ianya telah menjadi salah satu kemudahan pengangkutan yang menjadi pilihan ramai. Perkhidmatan Grab ini menawarkan harga tambang yang lebih murah berbanding pengangkutan awam yang lain. Malah, kenderaan yang digunakan juga sangat selesa serta memuaskan hati para pelanggan.

Pemandu Grab boleh memuat turun aplikasi yang direka untuk menerima tempahan pelanggan serta dapat membantu mereka merancang setiap perjalanan dengan lebih mudah serta efisien. Semasa pelancaran awal, sebanyak 11,000 pengguna telah memuat turun aplikasi ini dan digunakan oleh jutaan pelanggan. Boleh dikatakan hampir 7 tempahan telah dibuat pada setiap saat kerana perkhidmatannya yang sangat cepat serta efisien membuatkan para pelanggan sangat berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan.

Kehadiran perkhidmatan Grab ini juga secara tidak langsung telah membolehkan rakyat Malaysia menjana pendapatan sampingan dengan memberikan kemudahan tersebut kepada para pelanggan. Individu yang berminat menjadi pemandu Grab boleh mendaftar sebagai salah seorang pemandu dengan hanya mendaftar melalui App yang telah dibangunkan dan tidak perlu hadik ke ibu pejabat Grab untuk mendaftar.

Anda boleh mendaftar sebagai pemandu Grab dengan mudah tanpa perlu hadir ke ibupejabat. Pendaftaran sebagai pemandu Grab boleh dibuat dengan haya mendaftar melalui App dan WhatsApp sahaja. Pendaftaran Grab adalah percuma dan setiap akaun yang berjaya didaftarkan akan diaktifkan dalam masa 24 jam jika dokumen yang lengkap.

 

Syarat Umum Pendaftaran GRAB

Sebelum membuat pendaftaran Grab, syarat – syarat berikut perlu dipatuhi:

  1. Merupakan warganegara Malaysia
  2. Mempunyai lesen memandu penuh
  3. Pastikan nama anda tercatit dalam insurans kereta tersebut
  4. Sertakan gambar muka sehingga paras dada tanpa kaca mata
  5. Salinan kad pengenalan (bahagian depan dan belakang)
  6. Salinan lesen memandu (bahagian depan)
  7. Salinan cover note insurans kereta
  8. Tidak mempunyai akaun Grab sebelum ini

Syarat Terbaru 2019

  1. Lesen PSV Ehailing
  2. Pemeriksaan Puspakom untuk kereta lebih 2 tahun
  3. Top up ehailing insurans untuk kereta persendirian
  4. Perkeso dan Sticker ehailing

 

Setelah 5 dokumen di atas disediakan, anda boleh teruskan dengan pendaftaran driver Grabcar secara online di Malaysia. Sila ikuti aturan supaya pendaftaran Grabcar anda berjalan lancar. Pastikan juga anda tidak mempunyai sebarang rekod jenayah sebelum membuat permohonan kerana sekiranya anda mempunyai rekod jenayah, permohonan anda akan gagal.

Setelah anda selesai mendaftar dan berjaya didaftarkan sebagai pemandu Grab, anda boleh memulakan langkah pertama dengan menerima tempahan pelanggan melalui aplikasi Grab sekiranya anda sudah bersedia untuk bekerja. Namun, sekiranya anda sedang sibuk dengan urusan lain dan tidak mahu menerima tempahan, anda perlu offline sahaja aplikasi tersebut. Anda tidak akan terikat dengan pekerjaan ini kerana anda bekerja di waktu dan masa yang anda sendiri tentukan.

 

CARA MENDAFTAR SEBAGAI PEMANDU GRAB

 

  1. Whatsapp Kami
  2. Klik Drive With Grab, masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang Signup
  3. Setelah daftar, anda dikehendaki menjalani latihan secara online tentang penggunaan aplikasi Grabcar Driver serta menjawab soalan kuiz yang diberikan.
  4. Setelah selesai menjalani latihan online, hantar dokumen penting seperti salinan kad pengenalan, lesen memandu serta cover note insuran yang tertera nama anda ke cawangan Grab Kiosk yang berhampiran. Klik http://grb.to/gc_verifyloc untuk melihat senarai lokasi Grab Kiosk.
  5. Sekiranya anda berjaya, keputusan tersebut akan diberikan pada waktu yang sama dan pihak Grab akan mengaktifkan aplikasi Grab di telefon bimbit anda.

 

KELEBIHAN MEMANDU GRAB

Fleksibel

  1. Sebagai salah seorang pemandu Grab, anda berhak menentukan masa bekerja anda. 2. Sekiranya anda meluangkan masa yang lebih menerima tempahan serta memandu, jumlah pendapatan yang diperolehi adalah lebih banyak.

 

Kelayakan Mudah

  1. Pemandu Grab tidak memerlukan lesen PSV sebelum memulakan pekerjaan.
  2. Setiap pemandu hanya perlu ada lesen memandu penuh serta mempunyai kereta berusia 10 tahun ke bawah.
  3. Sekiranya memiliki kenderaan berusia lebih 10 tahun, kenderaan tersebut perlu melalui proses pemeriksaan yang dikendalikan oleh pihak Grabcar.
  4. Kenderaan jenis MPV boleh didaftarkan. Syarat kelayakan kenderaan adalah sama seperti kenderaan lain. Sekiranya berjaya didaftarkan, kenderaan tersebut akan dikategorikan sebagai Grabcar 6 Seater.

 

Terkini, Grab turut melancarkan GrabBike di sekitar bandar Ho Chi Minh City, Hanoi, Vietnam, Bangkok, Thailand dan Jakarta kerana permintaan yang tinggi. Grab turut menawarkan perkhidmatan insurans perlindungan untuk para pemboncengnya.

Comments

comments