Mara Digital Mall

maradigital41435729149mara

Pada awal Disember 2015, Malaysia telah melancarkan kompleks membeli-belah berasaskan teknologi dan telekomunikasi yang pertama khususnya untuk peniaga Bumiputera yang merangkumi penduduk majoriti Malaysia iaitu bangsa Melayu dan penduduk asli. Dato Seri Ismail Sabri Yaakob iaitu Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah memberikan ucapan pada satu sidang mesyuarat bahawa peluang untuk Bumiputera di kompleks membeli-belah teknologi dan telekomunikasi adalah jarang ditemui.

mara2

Ini kerana sewa yang tinggi di sesetengah kompleks membeli-belah berasaskan perniagaan teknologi dan telekomunikasi menambahkan kesukaran bagi peniaga Bumiputera untuk menyewa tempat perniagaan. Oleh hal yang demikian, Digital Mall MARA dijangkakan mampu untuk meringankan beban penyewaan kepada pemilik kedai di Digital Mall MARA untuk 6 bulan dengan tidak mengenakan bayaran sewa terhadap mereka. Di samping itu, kompleks membeli-belah Bumiputera juga dilancarkan berikutan bantahan pada bulan Julai 2015 selepas satu penipuan mengenai caj yang terlalu tinggi dan penjualan produk palsu telah berlaku di Plaza Low Yat yang dimiliki sepenuhnya oleh peniaga kaum Cina. Hal ini dilanjutkan lagi dengan bantahan yang dilakukan di luar Jalan Petaling yang juga dikenali sebagai Pekan Cina Kuala Lumpur.

Dato Seri Ismail Sabri mengumumkan pelan untuk kompleks membeli-belah di Kuala Lumpur yang akan memberi bangsa Melayu dan peniaga Bumiputera yang lain tempat menjalankan perniagaan yang adil. Beliau berkata ia telah berjalan dengan lancar dan penambahan beberapa lagi kompleks membeli-belah akan dibuka di seluruh negara. Idea ini telah mendapat pelbagai reaksi yang positi dan negatif daripada peniaga Melayu. Salah satu peniaga kedai kamera sekuriti memberitahu kepada Saluran NewsAsia bahawa kadang kala apabila anda membuat permohonan untuk menyewa lot kedai, sesetengah kompleks membeli-belah akan melihat syarikat anda sekiranya pemohon adalah seorang bangsa Melayu dan mereka akan mengutamakan bangsa Cina dan meletak permohonan anda untuk semakan sekiranya benar.

Digital Mall MARA yang telah memulakan operasi pada Disember 8 telah merekodkan rekod jualan sebanyak RM1.7 juta pada bulan pertama menurut kata Dato Seri Ismail Sabri Yaakob. Ia terletak di Menara Kuala Lumpur dan menawarkan produk teknologi dan telekomunikasi serta perkhidmatan oleh 38 peniaga Bumiputera. Lima komunikasi telekomunikasi termasuk Celcom, Maxis, UMobile, DiGi, dan Red One serta pembekal perkhidmatan dua rangkaian Internet iaitu Fiber@Home dan P1Wimax telah menjalankan operasi mereka di premis berkenaan.

Digital MARA telah mengenakan caj yang serupa seperti di pusat kompleks membeli-belah berasaskan teknologi dan telekomunikasi termasyur dan ia juga merupakan salah satu transformasi oleh kementeriannya dalam mencipta pendapatan tinggi sektor teknologi untuk peniaga muda. Ini dilakukan di bawah model holistik pembangunan keusahawanan. Di samping itu, MARA juga memperkenalkan pemborong, tekong, platform pasaran, latihan keusahawanan, dan kemudahan kewangan.

Comments

comments